. PKPMI-CPB: INFO PENGAJIAN TAFAQQUH FIDDIEN... JOM TALAQQI KITAB

Sunday, February 7, 2010

INFO PENGAJIAN TAFAQQUH FIDDIEN... JOM TALAQQI KITAB


Pengajian Tafaqquh fiddein
Kitab fikih Mazhab As-Syafie: ‘Ianah At-at-Tholibin
Pengajar : Tengku Muhammad Hidayat al-Achehy
Hari/ Waktu : Setiap Rabu Malam Khamis (selepas Solat Isyak)
Tempat : Mess Anak Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah....bersyukur kepada hadrat Allah s.w.t dan izinNya...da selawat ats junjungaNya Nbi Muhmmad s.a.w maka telah terlaksana sudah 8 kali pertemuan progam yang tertakwin bagi pihak persatuan PKPMI-CPB 2009/2010 yaitu mengadakan pengajian TAFAQQUH FIDDIEN kepada mahasiswa/i Malaysia yang menuntut ilmu di PekanBaru, melalui Kelolaan Badan Exco Dakwah & Pendidikan PKPMI-CPB.

Tujuan diwujudkan pengajian ini adalah memberi kesedaran kepada mahasiswa akan pentingnya menuntut ilmu dimana sahaja kita berada tanpa terbatas waktu dan zaman serta melaksanakan tuntutan islam secara benar dan juga menyelesaikan persoalan agama yang belum lagi tuntas di dalam merangkumi pelaksanakan tuntutan fardu ain.

Maka bagi Pihak Badan Exco Dakwah & Pendidikan mengharapkan kepada Mahasiswa yang belum lagi menyertai progam minggu ini, moga sama-sama kita memenuhi ruang-ruang majlis mulia. moga kita mendapat manfaat dan dberkati Allah s..w.t.



“sesungguhnya Ilmu itu didatangi, bukan mendatang” Renungkannya dan Pikirkalah

Adalah diharapkan agar program pengajian ini berupaya menjadi pemangkin kepada usaha segenap pihak untuk melahirkan generasi mahasiswa/i Islam yang beriman, berilmu, beramal dan bersatu didalam kepimpinan yang berterampilan dengan akhlak mulia. Firman Allah yang bermaksud : “ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, dan menyeru kepada perbuatan makruf dan mencegah dari perbuatan mungkar “.


Wallahu’alam

Al-Haqir ilallah al-Ghani,
(MUHAMMAD YASIR BIN ABDULLAH)
Exco Dakwah& Pendidikan

1 comment:

||Aku Pemikir|| said...

alhamdulillah,

semoga dengan program ini semua mahasiswa di Pekan Baru dapat manfaatnya.. :)

 

PENGUNJUNG

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design