. PKPMI-CPB: GERAK KERJA YANG PERLU DILAKSANAKAN ...

Sunday, February 7, 2010

GERAK KERJA YANG PERLU DILAKSANAKAN ...



Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah segala pujian dihadapkan keredhaan Illahi, Tuhan semesta Alam kesyukuran yang tidak terhingga dipersembahkan kehadrat Illahi di atas usaha ini yang sentiasa mengharapkan bimbingan taufik dan hidayah dariNya. Selawat dan salam hendaknya sentiasa diutuskan buat junjungan mulia, kekasih Allah. Selawat dan salam juga ditujukan untuk ahli keluarga baginda, para sahabat r.a dan sekalian mukmin yang ikhlas memperjuangkan agama suci ini demi kesejahteraan umat sejagat .

Dunia Islam pada abad mutakhir ini rata-rata sedang dilanda oleh gejala ketandusan ilmu dan amal serta menyebabkan berlakunya peresapan budaya moral yang ketertaluan serta melampaui batas syariat dan kelampauan kefahaman islam. Hal yang terjadi kerana konspirasi arena jahiliah moden didalam arena peperangan yakni zulfikrah (perang pemikiran). Demikianlah kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa tokoh Islam sebelumnya. seperti Ust Sa'id Hawa, Abu Hassan Ali An-Nadawi dan Mustafa Masyhur.

Dalam pembuktian terhadap kewujudan gejala tersebut, Ust Mustafa Masyhur telah menyatakan berlakunya hal demikian Kebanyakan muslim pada hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai daripada beribadat kepada Allah s.w.t dan mentaati perintah-Nya. Kemudian ia membuat suatu ibarat terhadap golongan tersebut dengan katanya:

“Mereka seperti sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur. Di sebelah mereka terdapat api yang marak menyala dan akan membakar mereka sekiranya mereka masih lagi tidur. Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur, terdapat mereka yang tidak tidur dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling, tetapi tidak mampu memadamkan api yang sedang membakar. Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tidur supaya setiap mereka menyedari keadaan masing-masing dan menjauhkan diri daripada api. Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur dari bahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari tidur. Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana mereka sedang nyenyak tidur. Jadi mereka mestilah dibangunkan terlebih dahulu barulah diberikan peringatan.”

Dan turut berkata seorang ulama’ al-Azhar, Syeikh Amjad Az-zahawi daripada hal demikian katanya.: “Dunia islam sudah terbakar, maka setiap kita berkewajipan memadamkan api yang membarak, walaupun sedikit bagi tujuan memadamkannya”.

Ternyata bahawa umat Islam kini mengalami keadaan yang gawat dan genting yang memanggil tenaga-tenaga penyelamat untuk menangani masalah ini. Situasi ini yang penuh dengan tipu-helah, sepak¬ terajang dan taktik jahat musuh menghendaki bahawa hanya golongan yang benar-benar berwibawa sahaja yang berjaya melawan arus keruntuhan ini. Mana kala mereka yang kurang persiapan mempunyai kemungkinan untuk sama-sama hanyut dan larut sebelum matlamat suci yang ingin diperjuangkan tercapai.

Daripada rumus ini, Pihak persatuan PKPMI-CPB 2009/2010 mencari internatif daripada persoalan yang timbul, bagaimana kita menghidupkan majlis-majlis ILMU dan merangka progam-progam yang tidak melalaikan serta menjurus kepada maksiat. Bahkan apa yang dirangka ini, ia memberi manfaat kepada mahasiswa/I dengan pelbagai bidang.

Kenapa kita katakan hal demikian, bahawa kehidupan seorang mahasiswa/i agak sibuk dengan pelbagai aktiviti fasalitas perkuliahan. Masa yang diperuntukkan bagi menghayati ilmu Islam hanya terbatas di dalam perkuliahan ketika mengikuti materi yang telah ditetapakan. Mereka terikat dengan waktu perkuliah, yang mana perkuliah tersebut lebih kepada mempraktik di dalam bentuk pembentangan dan membuat makalah, bahkan bukan mendalami suatu ilmu itu secara rinci dan detail di dalam pengamalan kehidupan seharian dengan bersungguh-sungguh sebelum mempraktik hal demikian di medan lapangan. Oleh itu , para mahasiswa/i memerlukan satu program khusus tambahan dan rapi untuk mereka melanjutkan lagi perbincangan tentang wancana ilmu islam, tanpa membatasi ilmu dan bidang yang mereka miliki sedia ada sekarang. Ini adalah dikatakan yang merangkumi aspek keperbagaian ilmu dalam menhadapi cabaran masa hadapan. Jesteru itu, tujuan agenda ini akan diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama mahasiswa/I dengan ikatan persaudaraan di atas nama Islam dan lingkugan islam yang terjaga dengan konsep yang ideal.

Menyedari hakikat inilah, maka usaha-usaha gigih perlu diambil untuk memperlengkapkan diri kita sebagai bakal ulama’, da’i dan tempat rujukan masyarakat dengan bekalan-bekalan yang perlu supaya kita dapat berperanan dengan lebih berkesan apabila terjun di arena dakwah lapangan nanti. Antara persiapan terpenting ialah persiapan di sudut keilmuan dan perorganisasian yakni kepimpinan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu, kita hendaklah menjadi seorang mahasiswa/I yang mempunyai misi dan visi (berwawasan) dalam menangani setiap perkara yang mendatang.

Dengan terwujudnya Majlis Ilmu Siswa (MISI) dikalangan mahasiswa/I yang berkesan, maka boleh membantu pencapaian mahasiswa/I yang mendatang, sama ada di dalam perkuliahan ataupun perkara selepas perkuliahan. Maka berkesenambunglah hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Maka hal demikian, bersamaanlah dengan tuntutan syariat islam dari anjuran tersebut.

A-faqir ilallah al-ghani
Muhammad Yasir bin Abdullah
Exco Dakwah& Pendidikan PKPMI-CPB
http://buletinpkpmi-cpb.blogspot.cm

No comments:

 

PENGUNJUNG

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design