. PKPMI-CPB
Posted by Amatullah

Majlis Ramah Mesra bersama PKPMI-CPB 2010/2011

Majlis Ramah Mesra Bersama Perwakilan baru PKPMI-CPB 2010/11, serta penyerahan surat pelantikan kepada Exco-Exco Persataun, dan Perasmian buku Keluar Masuk PKPMI CPB oleh Sdr Yang Di Pertua Abdul MAlik Bin Abdul Rahman dan di Perhati oleh Konsul Malaysia Cawangan Pekanbaru

Ngeblog Offline
Posted by Amatullah

Cara Membuat Tab View Slide Versi 1

Caranya mudah saja hanya butuh ketelitian dan sedikit kesabaran karena kodenya cukup banyak dan panjang

Tab View Slide
Posted by Amatullah

Membuat menu tab view

Bagaimana cara membuat menu tab view sederhana seperti gambar disamping..

tab view sederhana

Thursday, May 31, 2012

Pengambilan Mahasiswa Baru 2012/2013

Pengumuman!

Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau (UIN SUSKA) kini membuka pengambilan mahasiswa baru bagi tahun akademik 2012/2013.

Kursus-Kursus Yang Ditawarkan:
  1. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
  2. Ijazah Sarjana Muda Syari’ah Dan Ilmu Hukum 
  3. Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dan Ilmu Komunikasi
Syarat-syarat Kemasukan:
  1. Berumur 18 tahun ke atas 
  2. Sijil STAM @ STPM (maqbul/lulus) 
  3. Sijil Diploma – minimum 2.75 CGPA 
  4. Lulus Ujian Bertulis/Temuduga (Jika perlu)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak Sekretariat Menyambung Pengajian Ke UIN SUSKA, Riau:
Ustaz Muhammad Redzwan (+6281959012048)

Thursday, May 12, 2011

SEMINAR FALAK SYARIE


AYO...MARI KITA SUKSESKAN!!!!!

Monday, April 18, 2011

Kelas Skill Menterjemah Al-Quran

Makluman daripada Exco Dakwah Dan Pendidikan:

Disampaikan kepada semua mahasiswa/wi pada setiap hari Selasa bermula 12 April 2011 jam 6.20 pm WIB akan diadakan Kelas Skill Menterjemah Al-Quran yang akan dijalankan di Jami'ah UIN SUSKA, Sukajadi. (masjid sebelah UIN Pusat). Bagi siapa yang berminat pendaftaran masih dibuka dan terhad kepada 15 orang sahaja. Sila berikan nama anda kepada Saudara Ameer (081959880864).

Alhamdulillah, pada 12 April 2011 yang lalu, buat pertama kali PKPMI-CPB telah mengadakan Kelas Skill Menterjemah Al-Quran 40 jam bersama Bapak Haji Saa'dun Kamil yang sudi menjadi tenaga pengajar kepada mahasiswa/wi Malaysia di Pekanbaru. InsyaAllah, mudah-mudahan kelas ini menjadi intensif kepada mahasiswa/wi dalam menuntut ilmu dan mentarjih Al-Quran sekaligus memahami dan menterjemahkan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Amin...

Bapak Haji Saa'dun Kamil (duduk) dibantu oleh Bapak Haji Chaidir

Mahasiswa/wi yang tekun dalam menuntut ilmu

Sunday, April 17, 2011

Seminar Kecemerlangan Mahasiswa 2011 Siri Ke-2

Sekali lagi, PKPMI-CPB telah mengadakan Seminar Kecemerlangan Mahasiswa 2011 Siri Ke-2 pada 9-10 April 2011 atau lebih dikenali dengan “Program Motivasi” bersama Dr. Azizan Ahmad, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kimia Dan Teknologi Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dr. Azizan pernah mengadakan seminar ini pada siri yang pertama sempena Majlis Ta'aruf Dan Suai Kenal Pelajar Baru pada bulan Oktober tahun lepas. Klik di sini.

Dr. Azizan sedang rancak memberi kesedaran dan motivasi kepada mahasiswa

Mahasiswa sedang melakukan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Mahasiswa sedang menyiapkan tugas LDK

Sesi pembentangan kertas kerja LDK

Turut diserikan lagi dengan kehadiran ayahanda kita, En. Zamani bin Ismail, Konsul Malaysia di Pekanbaru dalam Majlis Penutup dan Penyampaian Cenderamata kepada Dr.Azizan Ahmad sambil diperhati oleh Ketua Panitia, Sdr.Mohd Kamil.

Terima kasih kepada Dr. Azizan Ahmad yang sudi hadir memberi motivasi kepada kami. Mudah-mudahan, seminar yang diadakan pada kali ini dapat meningkatkan semangat kami dalam menuntut ilmu disamping menjalani kehidupan seharian sebagai hamba Allah swt. InsyaAllah. Ameen...
 

PENGUNJUNG

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design